Jualan Promosi Berlangsung Di Steam Dan Epic Games Store

Bagi pemain di PC, antara kelebihan yang tiba dengan hadirnya beberapa platform berlainan untuk membeli permainan adalah pemain dapat membuat pilihan untuk mendapatkan sesuatu permainan dengan lebih murah kerana mereka sering bersaing untuk menganjurkan jualan promosi.

Bermula hari ini, Steam telah menganjurkan jualan promosi bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina, selain itu Epic Games Store turut menganjurkan jualan promosi yang digelar sebagai The Showcase Sale, ia berlangsung sehingga 25 Februari.

Berikut adalah antara permainan menarik yang ditawarkan di Steam;

  • Rust – RM43.55
  • Hades – RM35.20
  • Doom Eternal – RM78.20
  • Cyberpunk 2077 – RM197.10
  • Sekiro: Shaodws Die Twice – RM142.35
  • Crusader King III – RM64.00
  • Ori and the Will of the Wisps – RM16.83
  • Resident Evil 3 – RM81.51
  • Shadow of the Tomb Raider – RM55.09
  • Control Ultimate Edition – RM95.40

Anda boleh layari pautan ini untuk permainan-permainan lain yang ditawarkan dengan lebih murah. Bagi tawaran di Epic Games Store, berikut adalah antara permainan-permainan menarik;

  • Cyberpunk 2077 – $46.80
  • Assassin’s Creed Valhalla – $47.30
  • Grand Theft Auto V: Premium Edition – $12.49
  • Hades – $7.99
  • Star Wars Jedi: Fallen Order – $19.99
  • Remnant from the Ashes – $11.69
  • Death Stranding – $34.19
  • Detroit: Become Human – $12.49
  • The Outer Worlds – $22.49
  • Godfall – $33.98

Untuk senarai penuh permainan yang ditawarkan dengan harga diskaun anda boleh layari pautan ini. Beberapa permainan juga ditawarkan di kedua-dua platform, jadi anda boleh membuat perbandingan harga untuk mendapat harga yang terbaik.

Epic Games Store juga telah berkongsi senarai permainan yang akan tiba secara eksklusif sekitar tahun ini. Antara permainan yang diumumkan adalah Oddworld Soulstorm, Kingdom Hearts dan Binary Smoke. Anda boleh tonton pengumuman penuh di bawah.

Sohor Kini