Skip to main content

Supercell minggu ini telah membawa kandungan khas bersempena Tahun Baharu Cina untuk permainan Clash of Clans mereka. Antara yang disertakan adalah rekaan persekitaran baharu berdasarkan Hog Mountain Scenery dan juga kostum untuk General Barbarian King.

Persekitaran Hog Mountain akan disertakan untuk semua pemain yang akan memberi rekaan baharu kepada kampung pemain. Ia juga menyertakan pelbagai hiasan berkait seperti Firework Fanboy.

Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan kostum bagi General Barbarian King, kostum ini dapat dilihat oleh pemain lain semasa mereka menyerang atau melawat kampung anda, ataupun jika mereka melihat ulang tayang untuk sesi multi-pemain. Persekitaran Hog Mountain dan juga kostum ini akan disertakan bermula pada 11 Februari sehingga 22 Februari 2021.

Clash of Clans sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia boleh dimuat turun secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply