Matchroom Adalah Hab Untuk Mencari Dan Menyertai Acara Esukan

Matchroom.net merupakan laman dan juga aplikasi yang ingi memudahkan pemain untuk mencari kejohanan esukan bagi pelbagai jenis permainan. Selain itu, ia juga menyertakan fungsi untuk pemain menonton kejohanan terkini serta bersosial dengan pemain lain.

Untuk menggunakan Matchroom.net, anda perlu daftar dan boleh mencari kejohanan yang sedang dibuka untuk pendaftaran melalui bahagian “esports”. Anda juga boleh bermain pelbagai permainan arked di ruangan “arcade” pemain yang berada di tempat tertinggi akan mendapat ganjaran.

Jika anda berminat untuk cuba, ia boleh diakses melalui laman Matchroom dan juga aplikasi di iOS serta Android. Ia ditawarkan secara percuma dan juga secara berbayar melalui langganan Matchroom+.

Sohor Kini