Selepas dibatalkan pada tahun lepas, BlizzCon kembali pada tahun ini, akan tetapi ia dianjurkan sepenuhnya secara digital dan digelar sebagai BlizzConline. Ia akan berlangsung pada 20 hingga 21 Februar ini, dan hari ini Blizzard kongsi jadual untuk acara tersebut.

Sesi penstriman langsung akan berlaku di 5 channel mengikut permainan iaitu World of Warcraft, Heartstone, Diablo, Overwatch dan Strategy (StarCraft). Anda boleh lihat jadual penuh melalui pautan ini.

Permainan World of Warcraft, Heartstone dan Diablo akan menerima segmen “deep dive” yang mungkin akan memperlihatkan secara lanjut mengenai apa yang akan tiba untuk ketiga-tiga permainan tersebut. Manakala Overwatch 2 sekadar menerima segmen di belakang tabir.

Sohor Kini