Pedro Pascal Adalah Joel Di Dalam Siri TV The Last of Us

Jika awal hari ini telah dilaporkan yang Bella Ramsey telah dipilih untuk membawa watak Ellie di dalam siri TV The Last of Us oleh HBO, kini Deadline telah melaporkan yang Pedro Pascal juga akan menyertai barisan pelakon sebagai Joel.

Perkara tersebut juga telah disahkan oleh Neil Druckmann sendiri di mana beliau teruja dengan penglibatan Pedro Pascal. Pedro Pascal sebelum ini pernah terlibat dengan siri seperti The Mandalorian dan Game of Thrones.

Siri ini akan diselia oleh Francesca Orsi (Naib Presiden, Perancangan HBO), Craig Mazin (Chernobyl), Neil Druckmann (Naughty Dogs), Evan Wells (Naughty Dogs), Caraolyn Strauss (Game of Thrones), Asad Qizilbash (PlayStation Production) dan Carter Swan di mana Craig Mazin dan Neil Druckmann akan turut menjadi penulis.

Buat masa ini masih tidak disahkan lagi bila ia akan tiba, tetapi ia akan disiarkan melalui platform HBO termasuk juga HBO Max.

Sohor Kini