Kemaskini: PlayStation Network tampaknya sudah kembali beroperasi seperti biasa, dan kami sendiri sudah dapat bermain permainan-permainan dalam talian.
Melalui perkongsian di PSN Service Status, PlayStation Network tampaknya mengalami masalah untuk diakses, dan tampaknya masalah ini adalah menyeluruh kepada semua perkhidmatan iaitu pengurusan akaun, permainan video dan sosial, PlayStation Store dan PlayStation Music.

Semasa percubaan kami sendiri, segala perkhidmatan dalam talian tidak boleh digunakan termasuk juga membuat pembelian di PS Store, bermain permainan dalam talian (kami mencuba Rocket League).
Buat masa ini, PlayStation ataupun Sony masih tidak mengesahkan mengenai punca masalah ini. Kami akan kemaskini jika ia kembali berfungsi ataupun Sony mengeluarkan kenyataan.