The Hollywood Reporter telah melaporkan yang Bella Ramsey iaitu pelakon yang dikenali membawa watak Lyanna Mormont di dalam siri Game of Throne akan membawa watak Ellie di dalam siri TV The Last of Us yang dibangunkan oleh HBO.

Pengumuman tersebut juga telah disahkan oleh pencipta siri permainan ini iaitu Neil Druckmann di mana beliau telah mengucap selamat datang kepada Bella Ramsey ke keluarga The Last of Us.

Siri ini akan diselia oleh Francesca Orsi (Naib Presiden, Perancangan HBO), Craig Mazin (Chernobyl), Neil Druckmann (Naughty Dogs), Evan Wells (Naughty Dogs), Caraolyn Strauss (Game of Thrones), Asad Qizilbash (PlayStation Production) dan Carter Swan di mana Craig Mazin dan Neil Druckmann akan turut menjadi penulis.

Buat masa ini masih tidak disahkan lagi bila ia akan tiba, tetapi ia akan disiarkan melalui platform HBO termasuk juga HBO Max.

Sohor Kini