Bohemia Interactive iaitu pembangun untuk permainan seperti Arma dan juga Dayz mengumumkan yang Tencent telah membuat pelaburan strategik ke atas mereka dengan membeli pegangan minoriti, namun kos pembelian tersebut tidak diumumkan.
Bersama dengan pengumuman ini, mereka mengatakan tiada sebarang perubahan kepada pengurusan untuk studio mereka di mana ia masih lagi akan berfungsi secara kendiri. Buat masa ini, Bohemia Interactive dan Tencent bekerjasama untuk membawa permainan sandbox mereka Ylands ke pasaran China.
Tencent pada tahun ini telah membuat beberapa pelaburan untuk studio permainan video antaranya Klei Entertainment dan juga Dontnod Entertainment.