Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Program Alam Sekitar mereka telah melancarkan permainan mudah alih aksi pengembaraan Reset Earth untuk memberi lebih kesedaran kepada remaja mengenai kepentingan untuk kita menjaga lapisan ozon. Permainan ini dikeluarkan untuk iOS dan juga Android.

Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal beberapa watak untuk menyelamatkan bumi dan juga manusia. Ia adalah berdasarkan filem animasi berjudul sama yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini. Permainan ini dibangunkan oleh Rooftop.

Permainan ini boleh mula dimuat turun melalui App Store dan Play Store, semasa penulisan ini, ia masih tidak disenaraikan di Play Store Malaysia. Anda juga boleh tonton filem animasi Reset Earth melalui pautan ini.

Sohor Kini