Blizzard telah mengumumkan satu keputusan yang sangat drastik untuk Heartstone dengan mengumumkan yang mereka akan membuang kesemua kad Basic dan Classic apabila penambahan baharu tiba tidak lama lagi. Kad Basic dan Classic tersebut akan digantikan dengan Core Set baharu.

Core Set ini akan mengandungi 235 kad berdasarkan kad-kad yang tiba melalui penambahan sebelum ini, ada juga kad yang diubah suai dan 29 kad baharu. Kad-kad ini akan diberikan kepada pemain secara percuma, iaitu seperti Basic, kad-kad ini akan diberikan kepada pemain selepas mempertingkatkan tahap untuk setiap kelas.

Berikut adalah pecahan Core Set;

  • 88 kad daripada set Classic.
  • 54 kad daripada set Basic.
  • 55 kad daripada set Wild.
  • 4 kad daripada set Ashes of Outland.
  • 4 kad daripada set Demon Hunter Initiate.
  • 1 kad daripada set Hall of Fame.
  • 29 kad baharu

Berbeza dengan set Basic dan Classic sebelum ini yang terus kekal walaupun berlaku kitaran kad, Core Set akan juga menerima kad baharu setiap tahun untuk sentiasa memberikan sesi permainan serta meta yang segar.

Bagi pemain yang ingin sekadar bermain menggunakan kad yang mereka sudah kenal sekian lama, Hearthstone juga menyertakan format ranked baharu iaitu Classic. Melalui format ini, pemain hanya boleh menggunakan 240 kad asal ketika Hearthstone pada tahun 240. Seperti format Standard dan Wild, format Classic juga akan mempunyai ranking dan matchmaking tersendiri.

Kad-kad Basic dan Classic yang tidak disertakan di dalam Core Set boleh digunakan di format Wild di mana ia akan disertakan sebagai Set Legacy, kad-kad di dalam Hall of Fame sebelum ini juga akan dikenali sebagai Legacy.

Heartstone sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android secara percuma. Ia menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini