Garena Free Fire telah menerima kemaskini baharu yang menyertakan pelbagai penambahan dan juga satu acara baharu iaitu Project Cobra yang mengubah rupa permainan secara keseluruhan dan pelbagai aktiviti di dalam permainan.
Antara penambahan yang disertakan adalah Clash Squad bagi musim ke-5, Sistem Duo Dinamik yang baharu, kemaskini untuk Traning Grounds dan juga perubahan kepada sistem sosial yang memudahkan pemain untuk menjemput rakan untuk bermain bersama.
Di dalam Project Cobra pula, pemain akan dipekenalkan kepada Shirou iaitu watak yang senitasa menjadi lebih berkuasa selepas setiap pertempuran. Bukan sahaja mempunyai kuasa yang lebih kuat, dia juga akan kelihatan lebih menarik dan berbahaya.
Acara ini juga akan menyertakan antaramuka baharu, aktiviti harian, acara log masuk dan juga mengumpul Cobra coins untuk menebus pelbagai ganjaran bertemakan Project Cobra.
Peta Bermuda Remastered yang diperkenalkan ketika The New Beginning juga akan disertakan di lebih banyak mod antaranya Team Deathmatch, Clash Squad dan Gun King sepanjang acara ini.
Garena Free Fire sudah dilancarkan untuk iOS dan Android melalui App Store serta Play Store secara percuma. Ia menyertakan pembelian di dalam aplikasi.