Nexon mengumumkan kelas watak baharu untuk permainan MMORPG mudah alih mereka MapleStory M. Melalui kelas Xenon pemain boleh menggunakan senjata daripada kelas Thief dan juga Pirate. Ia juga menggunakan kebolehan berdasarkan mana dan energy.

Bersempena dengan kehadiran Xenon, mereka juga menganjurkan beberapa acara masa terhad iaitu;

  • Xenon On-Time: sehingga 16 Februari 2021, pemain akan menerima Xenon Update Box dan juga Triple Dillo Package
  • Xenon Growth Support Event: sehingga 9 Mac 2021, pemain akan menerima senjata, perisai dan pelbagai lagi ganjaran mengikut tahap
  • Xenon Burning Project: sehingga 9 Mac 2021, acara 1+2 Level Up untuk watak Xenon.

Selain itu terdapat juga pelbagai acara lain yang akan berlangsung sepanjang bulan ini dan bulan depan;

  • Valentine Event: Bermula pada 11 Februari sehingga 25 Februari 2021, pemain boleh memanggil penjahat berdasarkan coklat untuk mendapat pelbagai ganjaran.
  • Maple Museum 2: Bermula pada 18 Februari sehingga 12 Mac 2021 yang akan mengandungi pelbagai misi harian.
  • Memorial Picture Frame Event: Bermula pada 4 Mac sehingga 18 Mac 2021, pemain berpeluang untuk membuat bingkai gambar.

MapleStory M boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store dan juga Play Store. Ia menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini