Skip to main content

Kunos Simulazioni dan 505 Games telah mengumumkan yang siri permainan simulasi lumba kereta Assetto Corsa telah mencatat jumlah jualan €100 juta (~RM490 juta) di semua platform sejak ia dilancarkan 5 tahun lepas.

Assetto Corsa pertama kali dikeluarkan secara akses awal di Steam pada tahun 2013 sebelum dikeluarkan secara penuh pada akhir tahun 2014. 505 Games kemudiannya membawa permainan tesebut ke PlayStation 4 dan Xbox One pada tahun 2016.

Digital Bros iaitu syarikat induk untuk 505 Games telah mengambil-alih Kunos Simulazioni pada tahun 2017, dan permainan kedua iaitu Assetto Corsa Competizione dikeluarkan untuk PC pada tahun 2019 dan turut tiba untuk PlayStation 4 dan Xbox One setahun kemudian. Mereka juga akan membawa permainan tersebut untuk PlayStation 5 dan Xbox Series sekitar tahun ini.

Dengan acara perlumbaan kereta menjadi terhad akibat pandemik Covid-19, mereka juga telah mengumumkan strategi baharu untuk mengembangkan lagi permainan tersebut sebagai esukan dengan melibatkan pelumba terkenal seperti pelumba F1 Charles Leclerc.

Leave a Reply