Activision hari ini telah mengumumkan yang Crash Bandicoot: It’s About Time yang dikeluarkan untuk PlayStation 4 serta Xbox One yang dikeluarkan pada Oktober tahun lepas, akan turut hadir untuk PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch dan juga PC melalui Battle.net pada 12 Mac 2021.
Pemilik permainan tersebut di PlayStation 4 dan Xbox One boleh dapatkan naik taraf secara percuma untuk ke konsol terkini kecuali pengguna PS4 di Jepun di mana mereka perlu membayar 100 yen (~RM3) untuk naik taraf ini. Fail simpanan juga boleh dipindahkan jika anda tidak ingin kehilangan kemajuan sebelum ini.
Versi konsol generasi terkini akan menyokong resolusi 4K dengan kadar kelancaran 60FPS, skrin pemuatan yang lebih pantas serta sokongan 3D audio. Bagi versi PS5, ia juga akan menyokong haptik feedback dan juga kad Aktiviti.
Crash Bandicoot: It’s About Time sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One, anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Crash Bandicoot 4: It’s About Time – Sekuel Nolstagia Yang Akan Menguji Anda.