CD Projekt telah mengumumkan yang sistem dalaman mereka telah digodam oleh penggodam dan mereka meminta bayaran terbusan jika tidak ingin data-data tersebut dikongsi kepada umum.

Menurut nota yang ditinggalkan oleh penggodam mereka mendapat kod sumber untuk beberapa permainan seperti Cyberpunk 2077, The Witcher 3 dan Gwent. Selain itu mereka juga mempunyai data yang berkait dengan sumber manusia, kewangan dan juga pelaburan.

CD Projekt mengatakan yang mereka tidak akan menghubungi penggodam tersebut sebaliknya sudah mengambil langkah berjaga-jaga jika data-data tersebut dikongsi. Mereka juga mengatakan yang data mengenai pemain atau perkhidmatan mereka tidak terjejas.

Mereka sudah menghubungi pihak berwajib mengenai perkara ini termasuk juga forensik IT untuk menyiasat secara lanjut mengenai kesan secara sepenuhnya.

Sohor Kini