Triang3l seorang pembangun yang banyak memfokuskan kepada pembangunan pelagak telah mengatakan yang beliau sedang membangunkan Xenia iaitu pelagak untuk Xbox 360 ke Android, projek tersebut boleh dilihat di laman GitHub beliau.
Oleh kerana Xenia merupakan aplikasi sumber terbuka, jika aplikasi ini berjaya dibangunkan ia mungkin akan ditawarkan untuk Android secara percuma. Seperti biasa, pelagak adalah untuk anda bermain permainan yang anda miliki dan bukan untuk menggalakkan cetak rompak.
Buat masa ini masih tidak disahkan lagi bila ia akan tiba, selain itu, tidak pasti juga spesifikasi yang diperlukan untuk mampu menjalankan pelagak ini dengan baik.