Skip to main content

Xbox Game Studios telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan Forza Horizon 4 untuk PC di Steam pada 10 Mac 2021, menjadikan pertama kali permainan siri ini dikeluarkan di platform tersebut. Ia buat masa ini hanya ditawarkan melalui Microsoft Store dan juga boleh didapati sebagai sebahagian daripada Xbox Game Pass for PC.

https://www.youtube.com/watch?v=F-e_447DY4U

Forza Horizon 4 dibangunkan oleh Playground Games dan sudah dikeluarkan sejak tahun 2018. Ia menyokong sesi permainan secara luar dan juga dalam talian, versi Steam ini akan menyokong fungsi rentas platform dengan Xbox dan juga versi PC melalui platform lain.

Mereka akan menawarkan tiga edisi iaitu Edisi Biasa, Edisi Delux dan Edisi Ultimate akan tetapi buat masa ini harga tidak disenaraikan lagi.

Leave a Reply