Team 17 dan SMG Studio telah mengumumkan DLC penambahan baharu untuk permainan parti mereka Moving Out iaitu Movers in Paradise akan dikeluarkan pada 25 Februari 2021. Video pengumuman boleh ditonton di bawah.
DLC ini akan menyertakan 14 peringkat penceritaan baharu, 4 pilihan watak baharu dan 10 peringkat arked baharu yang akan menggunakan tema di pantai dan pulau.
Moving Out sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.