E3 Tahun Ini Akan Berlangsung Secara Digital

VGC telah melaporkan berdasarkan cadangan E3 yang dihantar oleh ESA kepada penerbit permainan, mereka merancang untuk menganjurkan E3 tahun ini sepenuhnya secara digital di mana penstriman langsung akan dilakukan oleh penerbit permainan.

Acara digital ini akan berlangsung ketika tarikh yang diumumkan oleh mereka pada tahun lepas iaitu pada 15 sehingga 17 Jun 2021. Pada tahun lepas, ESA telah membatalkan sepenuhnya E3 dan tidak hadir dengan acara digital.

Mereka juga merancang untuk menyediakan platform agar penerbit permainan dapat membolehkan media untuk bermain demo permainan mereka secara masa nyata dan mereka boleh terus bertanya soalan mengenai permainan tersebut.

Menurut ESA, mereka sudah mempunyai perbincangan yang baik dengan penerbit-penerbit permainan dan akan mengumumkan secara lanjut mengenai perubahan yang akan dilakukan untuk E3.

Dengan E3 akan dilakukan secara digital, tidak pasti jika syarikat seperti Sony akan menyertainya kerana kebanyakan daripada mereka sudah mempunyai rancangan digital tersendiri.

Sohor Kini