One Esports telah mengumumkan Kejohanan Dota 2 Singapore Major akan bermula pada 27 Mac ini dan akan berlangsung sehingga 4 April 2021. Kejohanan ini akan menjadi Major pertama untuk Dota Pro Circuit bagi tahun 2021 dan ia juga akan menjadi acara pertama akan disiarkan secara 4K/60fps.
Kejohanan ini akan menjemput 18 pasukan terbaik daripada Liga Dota Pro Circuit Musim Sejuk denga pecahan mengikut benua seperti berikut;
- Eropah: 4 Pasukan Terbaik
- China: 4 Pasukan Terbaik
- Asia Tenggara: 3 Pasukan Terbaik
- CIS: 3 Pasukan Terbaik
- Amerika Utara: 2 Pasukan Terbaik
Kejohanan ini akan menawarkan hadiah terkumpul sehingga $500 ribu (~RM2 juta). Anda boleh layari https://www.oneesports.gg/one-esports-singapore-major/ untuk maklumat lanjut. Kejohanan Dota 2 Singapore Major sepatutnya berlangsung pada tahun lepas tetapi telah dibatalkan kerana pandemik Covid-19.