Warner Bros telah dilaporkan berjaya mendapat paten untuk sistem Nemesis yang disertakan di dalam permainan Shadow of Mordor dan juga Shadow of War. Mereka telah mencuba untuk menjadikan sistem ini sebagai paten sejak permainan tersebut dikeluarkan lagi akan tetapi Pejabat Paten Dan Tanda Dagang Amerika Syarikat baru sahaja meluluskannya sehingga tahun 2035.

Bagi yang tidak mencuba kedua-dua permainan tersebut, sistem Nemesis adalah sistem di mana permainan yang menghasilkan penjahat secara rawak, di dalam permainan ini ia adalah Orcs. Pemain boleh melawannya, untuk membunuh atau mengambil alih. Jika pemain tewas, Orcs tersebut akan menjadi lebih berkuasa.

Dengan Warner Bros memiliki paten ini, permainan yang ingin menggunakan sistem yang sama, mereka terpaksa meminta kebenaran. Perkara ini telah ditegur oleh beberapa pembangun permainan video di mana ada yang mengatakan permainan Shadow of Mordor contohnya banyak menggunakan sistem daripada permainan lain, ia adalah perkara ironi untuk mereka menjadikannya sebagai satu paten.

Sohor Kini