Prince Of Persia: The Sands Of Time Remake Ditunda Sekali Lagi

Ubisoft telah mengumumkan yang mereka menunda permainan Prince of Persia: The Sands of Time Remake sekali lagi dan kali ini mereka tidak mengumumkan tarikh yang baharu. Permainan penambah-baikkan ini sebelum ini sepatutnya tiba pada Januari 2021, tetapi ditunda ke Mac 2021.

Selepas ia diumumkan buat pertama kali pada September tahun lepas, ramai pemain merasakan yang kualiti yang disertakan untuk permainan ini tidak mencapai kualiti “penambah-baikkan”. Mereka sekadar mengatakan memerlukan lebih masa, akan tetapi ia mungkin berkait dengna kritikan tersebut.

Prince of Persia: The Sands of Time merupakan permainan Prince of Persia yang dikeluarkan pada tahun 2003, ia merupakan permainan yang menjadi “reboot” kepada siri Prince of Persia pada waktu itu. Versi penambah-baikkan diumumkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC (Uplay, Epic Games Store).

Sohor Kini