EA dan Respawn Entertainment telah mengumumkan Anniversary Collection Event untuk permainan battle royale mereka Apex Legends. Acara masa terhad tersebut adalah bersempena dengan ulang tahun ke-2 untuk Apex Legends yang dikeluarkan pada 4 Februari 2 tahun lepas.

Acara ini akan bermula pada 9 Februari dan berlangsung sehingga 23 Februari yang antaranya akan menyertakan mod “Locked and Loaded”, cabaran musim dan juga kembalinya 24 barangan kosmetik yang menerima penambahan “ulang tahun”.

Anniversary Rewards – Pemain akan berpeluang untuk mendapatkan 22 ganjaran termasuk juga dua Event Packs dan sepuluh Apex Packs. Pemain yang log masuk juga akan mendapat 5 ganjaran.

Locked and Loaded Takeover – Semua pemain akan bermula dengan barangan berikut Mozambique, White Shotgun Bolt, HCOG Classic Scope, White Evo Shield, White Helmet, White Backpack, White Incap Shield, dua Syringes, dua Shield Cells dan satu stack peluru shotgun.

Pemain juga akan disertakan cabaran untuk mendapat lebih banyak ganjaran seperti Charm dan Badge. Barangan-barangan di dalam Collection Event juga boleh didapatkan secara terus dengan kos untuk crafting dikurangkan sebanyak 50%.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia juga akan dikeluarkan untuk Switch pada bulan depan.

Sohor Kini