Semasa pengumuman laporan kewangan dan sesi soal jawab bersama pelabur, Activision Blizzard melalui Ketua Pegawai Kewangan Dennis Durkin telah mengatakan yang permainan terbaru dari Blizzard iaitu Overwatch 2 dan juga Diablo 4 tidak akan dikeluarkan pada tahun ini dan jangkaan awal adalah pada tahun hadapan.

Walaupun begitu, mereka mengesahkan yang pengumuman lanjut mengenai kedua-dua permainan akan dilakukan ketika acara Blizzcon ataupun BlizzConline yang dianjurkan secara dalam talian pada 19 sehingga 20 Februari ini.

Kedua-dua permainan pertama kali diumumkan ketika acara Blizzcon pada tahun 2019, berbeza dengan Diablo 4 yang telah menerima perkembangan terkini, Overwatch 2 tidak banyak informasi yang dikongsi.

Sohor Kini