Skip to main content

Riot Games telah dilaporkan mengharamkan pemain profesional Valorant Yasin Gok atau lebih dikenali sebagai Nisay kerana tuduhan menipu di dalam permainan tersebut. Perkara tersebut dilaporkan terlebih dahulu oleh penganalisa esukan Rod Breslau.

Susulan daripada pengumuman tersebut, organisasi untuk Nisay , Besiktas Esports telah mengumumkan yang mereka menamatkan kontrak Nisay secara serta merta dan akan melakukan pengumuman lanjut mengenai pasukan Valorant di masa hadapan.

Manakala bagi Nisay sendiri, dia mengatakan yang buat masa ini Riot Games tidak memperlihatkan sebarang bukti yang dia menipu, dia juga mengatakan yang menipu ketika dia di berada di tahap yang tinggi adalah tindakan yang tidak masuk akal. Dia berpendapat yang Riot Games membuat keputusan tersebut berdasarkan dorongan ramai dan bukan berdasarkan bukiti.

Menurut Rod Breslau, cara Riot Games mengendali kes ini sangat mengecewakan, jika benar Nisay menipu, hukuman 12 bulan adalah terlalu singkat, dan jika dia tidak menipu, Riot Games gagal untuk melakukan siasatan yang betul sebelum memberi hukuman.

Leave a Reply