Skip to main content

Aniplex telah mengumumkan yang permainan Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba – Hinokami Keppuutan yang sebelum ini diumumkan untuk PlayStation 4 akan turut dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox One dan PC.

Buat masa ini, permainan ini masih diumumkan sekadar untuk pasaran Jepun tanpa sebarang pengesahan jika ia akan tiba secara global. Permainan ini dibangunkan oleh CyberConnect2 , iaitu pembangun yang terkenal untuk siri permainan Naruto: Ultimate Ninja Storm Dragon Ball Z: Kakarot dan sebagainya.

Ia disasarkan untuk tiba pada tahun ini, tetapi berkemungkinan untuk pasaran Jepun terlebih dahulu.

Leave a Reply