Skip to main content

Seperti siri-siri Hitman sebelum ini, IO Interactive kembali dengan menyertakan kandungan baharu untuk permainan mereka setiap bulan, mereka meneruskannya untuk Hitman 3 dan hari ini kandungan tersebut diumumkan.

Kandungan pertama yang akan tiba adalah Escalation iaitu The Baskerville Barney yang akan membawa pemain kembali ke Dartmoor, namun kali ini Agent 47 ditugaskan untuk membunuh kesemua ahli keluarga Carlisle dengan cara “kemalangan”. Ia akan tiba pda 4 Februari.

Selain itu terdapat 3 lagi Escalation iaitu The Sinbad Stringent pada 18 Februari dan dua khuss untuk pemilik kandungan Deluxe iaitu The Gauchito Antiquity dan The Proloff Parable. Hitman 3 juga akan menerima kandungan kolaborasi bersama dengan Minnmax pada 11 Februari dan Kinda Funny pada 23 Februari. Bagi Elusive Target pula, akan tiba pada 26 Februari di lokasi Sapienza, pemain mempunyai sehingga 8 Mac untuk menyelesaikan tugasan ini.

Hitman 3 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Hitman 3 – Penutup Yang Baik Tetapi Terlalu Selamat.

Leave a Reply