Marvelous dan XSEED hari ini mengumumkan yang Story of Seasons: Pioneers of Olive Town yang akan tiba untuk Nintendo Switch pada 23 Mac 2021 boleh mula di pra-tempah melalui Nintendo eShop dengan harga $49.99 untuk edisi biasa, ataupun $69.99 untuk bersama dengan pas penambahan.

Setiap pra-tempah, pemain akan mendapat kostum kerbau secara percuma. Ia akan ditawarkan secara berasingan apabila permainan dilancarkan kelak.

Seperti permainan-permainan Story of Seasons yang sebelum ini, anda boleh memulakan kebun sendiri dengan membersihkan kawasan hutan. Anda juga boleh menternak binatang ternakan. Melombong untuk menghasilkan pelbagai peralatan dan juga bersosial untuk membentuk perhubungan dengan penduduk di Olive Town.

Sohor Kini