Epic Games Store sebelum ini mengumumkan satu permainan percuma akan ditawarkan untuk tawaran mingguan mereka iaitu For the King, namun hari ini tampaknya mereka menambah satu lagi permainan iaitu Metro Last Light Redux yang ditawarkan sehingga 12 Februari 2021.

For the King adalah permainan strategi yang turut menyertakan elemen RPG serta roguelike. Peta untuk permainan ini akan direka secara rawak untuk memberi pengalaman setiap kali pemain memulakan sesi permainan baharu. Ia boleh dimainkan secara solo ataupun koperasi sehingga tiga pemain secara dalam talian ataupun setempat. Ia dibangunkan oleh IronOak Games dan diterbitkan oleh Curve Digital. Permainan ini sudah ditawarkan secara percuma pada tahun lepas, jadi anda mungkin sudah memilikinya.

Metro Last Light Redux pula adalah permainan susulan untuk Metro 2033 Redux yang ditawarkan secara percuma pada tahun lepas. Sebagai permainan sambungan terus, penceritaan berlaku setahun selepas kejadian di dalam Metro 2033. Versi Redux merupakan versi penambah-baikkan untuk Metro 2033 dan Metro Last Light. Ia dibangunkan oleh 4A Games dan diterbitkan oleh Deep Silver.

Selepas tawaran ini berakhir, Epic Games Store akan menggantikannya dengan satu permainan iaitu Halcyon 6. Mereka mungkin melakukan kejutan dan menambah satu lagi permainan seperti minggu ini.

Sohor Kini