Yoodo hari ini telah mengumumkan yang mereka memperluaskan lagi penglibatan mereka di dalam industri esukan tempatan dengan mengumumkan penajaan untuk kejohanan, penajaan pasukan baharu dan juga pemain baharu untuk Yoodo Gank.

Bagi Yoodo Gank yang pada awal tahun ini telah kehilangan tiga pemain iaitu Azmal Jasni (iNaoki), Ahmad Fuad (Fredo) dan Muhammad Izzrudin (Jumper), pemain baharu yang mejadi rakan pasukan baharu untuk Abdul Azim Ikromi (Draxx) serta Aiman Amirul (Man Parang) ialah Azim Haris (Wrydep), Fairul Iskandar Putra (Putra) dan Lokman Hakim (Bravo).

Mereka juga telah menambah pasukan di bawah ‘sayap’ Yoodo dengan mengumumkan kerjasama bersama dengan organisasi esukan RSG Malaysia untuk menjadi penaja utama buat pasukan RSG Mobile Legends dan RSG Call of Duty Mobile.

Pasukan Yoodo RSG Mobile Legends terdiri daripada Abdul Wandi (Logan), Ahmad Ali Huzaifi (Leixia), Jamil (Zaraki), Herwin (Rush), Isme Haqeem (Kaizer), Ealtond Rayner (Lolealz), Mohamad Amir Afdhal (Syno).

Pasukan Yoodo RSG Call of Duty Mobile pula terdiri daripada RanGer Abdul Hakiem (RanGer), Farris Rauf (Edz), Muhammad Azri (AlphaRe), Ameer Imran (Raven) dan Muhammad Irfan Danial (Derp).

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan kerjasama bersama dengan Moonton untuk menjadi penaja bagi kejohanan Mobile Legends sepanjang tahun ini, antaranya adalah;

MPL Musim 7

Tarikh:

  • Kelayakan: 5 Februari – 7 Februari 2021
  • Musim Biasa: 12 Mac – 18 April 2021
  • Playoffs: 30 April – 2 Mei 2021

MSC/MPL Invitational

  • Jun – Julai 2021

MPL Musim 8

Tarikh:

  • Kelayakan: 16 Julai – 18 Julai 2021
  • Musim Biasa: 20 Ogos – 3 Oktober 2021
  • Playoffs: 15 Oktober – 17 Oktober 2021 

M3 2021

  • November – Disember 2021

Dengan pelbagai pengumuman oleh Yoodo ini, ketua Yoodo Chow Tuck Mun telah mengatakan yang dari awal lagi mereka sangat bersemangat mengenai esukan dan pengumuman hari ini adalah bagaimana mereka mengambil langkah seterusnya dan terus menjadi jenama utama di dalam dunia esukan tempatan.

Sohor Kini