Nacon dan Cyanide hari ini melancarkan Werewolf: The Apocalypse – Earthblood iaitu permainan beat’em up berdasarkan siri ‘World of Darkness. Permainan ini dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store.
Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Cahal yang merupakan seorang werewolf ataupun Garou. Selepas satu kejadian, beliau telah diusir daripada puaknya. Beberapa tahun, beliau kembali selepas puak tersebut berada dalam keadaan bahaya. Sebagai Garou, pemain akan mempunyai tiga bentuk yang boleh diubah iaitu;
- Homid – memudahkan untuk pemain menyelinap
- Lupus – sesuai untuk mengembara
- Crinos – bentuk terbaik untuk bertempur
Pemain perlu menggunakan ketiga-tiga bentuk tersebut jika ingin mengalahkan penjahat-penjahat di dalam permainan ini.