Sega Mengumumkan Total War: Warhammer 3 Akan Tiba Tahun Ini

Sega dan Creative Assembly telah mengumumkan siri Total War: Warhammer akan menerima permainan ketiga dan ia akan tiba pada tahun ini. Sega menjanjikan dunia permainan yang lebih luas dan penambahan dua puak baharu.

Permainan ketiga ini akhirnya akan membawa puak Kislev dan Cathay menyertai puak-puak yang tiba sebelum ini iaitu Khorne, Nurgle, Slaanesh dan Tzeentch. Pemain akan mendapat kempen berbeza untuk setiap puak dan akan membawa kepada satu pengakhiran.

Buat masa ini, tarikh pelancaran masih tidak diumumkan lagi akan tetapi ia dijangka akan tiba pada akhir tahun 2021, pra-tempah untuknya juga kini dibuka melalui Steam dan Epic Games Store.

Sohor Kini