EA mengumumkan yang mereka telah mendapat lanjutan untuk lesen bagi UEFA untuk FIFA, di mana kejohanan seperti Champions League, Europa League dan Super Cup akan terus disertakan secara eksklusif di dalam permainan FIFA oleh mereka.

Selain daripada itu, EA juga mengumumkan yang mereka telah kembangkan penawaran FIFA Online 4 ke 15 negara baharu, dan FIFA 21 akan dikeluarkan untuk Stadia pada 17 Mac ini.

EA juga mengatakan yang sedang membangunkan 6 permainan mudah alih berdasarkan FIFA, ia akan hadir dengan pelbagai genre seperti simulasi sehinggalah arked untuk memberi “pengalaman baharu kepada pemain”

Sohor Kini