Bloober Team telah dilaporkan oleh money.pl (diterjermah oleh Gamespot) telah memperoleh semula kos pembangunan untuk The Medium dan telah membuat keuntungan walaupun permainan tersebut baru dilancarkan pada 28 Januari yang lepas, ia juga satu pencapaian yang baik kerana permainan ini hanya dilancarkan untuk Xbox Series dan PC.
The Medium juga ditawarkan melalui Xbox Game Pass, jadi ada kemungkinan yang bayaran oleh Microsoft untuk menyertakan permainan ini di perkhidmatan tersebut telah membantu mereka untuk mendapat pendapatan sebelum ia dilancarkan lagi.
The Medium merupakan permainan aksi pengembaraan seram dan sudah dikeluarkan untuk Xbox Series dan PC.