Garena hari ini mengumumkan kerjasama bersama dengan Kodansha untuk menyertakan kandungan Attack on Titan di dalam permainan battle royale mereka Free Fire. Acara kolaborasi ini akan bermula pada bulan Mac 2021.
Melalui kolaborasi ini pemain akan berpeluang untuk mendapat kostum berdasarkan Survey Corps Division ataupun sebagai Titans sendiri. Selain itu akan turut disertakan pelbagai kandungan khas lain seperti hiasan untuk senjata dan collectables.
Garena Free Fire boleh dimuat turun melalui App Store dan Play Store. Ia ditawarkan secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.