Riot Games telah mengumumkan kejohanan baharu untuk League of Legends: Wild Rift iaitu Siri Ikon Asia Tenggara: Pramusim. Kejohanan ini akan berlangsung selama 5 minggu melibatkan 7 negara di Asia Tenggara iaitu Filipina, Vietnam, Thailand, Taiwan, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Kejohanan ini akan bermula pada 26 Februari di Vietnam, diikuti oleh negara-negara lain. Di Malaysia ia akan bermula pada 13 sehingga 14 Mac 2021. Jadual penuh boleh dilihat di bawah.

Maklumat lanjut mengenai pasukan dan juga platform kejohanan ini bakal disiarkan akan diumumkan kelak. Namun berikut adalah antara pasukan yang sudah sah akan terlibat;

  • Indonesia – Alter Ego , Onic
  • Malaysia – Berjaya Dragons , TODAK
  • Filipina – Bren Esports , RRQ PH , Team Secret
  • Singapura – The Alliance
  • Taiwan – Flash Wolves , ONE Team , TXO
  • Thailand – King of Gamers Club
  • Vietnam – V Gaming , Saigon Phantom, SBTC Esports

Maklumat lebih lanjut mengenai Siri Ikon Asia Tenggara League of Legends: Wild Rift akan menyusul tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, lawati wildrift.leagueoflegends.com, https://facebook.com/wildriftmy atau https://instagram.com/wildriftMYS.

Sohor Kini