Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan “Playful Festival” bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina. Melaluinya mereka akan menyertakan jualan promosi “Playful New Year” dan juga kempen komuniti “Playful Festival Challenge”.
Berikut adalah maklumat lanjut untuk jualan promosi Playful New Year di mana ia akan mula ditawarkan bermula sekarang sehingga 21 Februari di pengedar rasmi Sony;
Jualan promosi Playful New Year juga sudah bermula di PS Store sehingga 17 Februari. Berikut adalah antara permainan yang ditawarkan;
Selain itu mereka juga mengumumkan kempen komuniti “Playful Festival Challenge” iaitu bermula pada 12 Februari sehingga 5 Mac. Pendaftaran dibuka sehingga 11 Februari. Ia akan menyertakan pelbagai sasaran komuniti, selepas ia berjaya dicapai pemain akan mendapat ganjaran.
Pemain juga boleh menyertai mana-mana kumpulan daripada personaliti terpilih. 20 pemain daripada 3 kumpulan yang mencatat jumlah jam bermain paling lama akan diberikan hadiah. Maklumat lanjut serta pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan ini; https://www.playstation.com/en-my/local/campaigns/playful-festival/.