Sony hari ini telah mengumumkan laporan kewangan mereka bagi suku ketiga tahun fiskal 2021 yang berakhir pada bulan Disember tahun lepas. Bersama dengan laporan tersebut mereka telah mengumumkan jumlah jualan untuk konsol PlayStation mereka.

Sepanjang bulan Oktober sehingga Disember 2020, PlayStation 4 telah terjual sebanyak 1.4 juta unit menjadikan jumlah keseluruhan adalah 115.2 juta unit. Manakala PlayStation 5 yang dilancarkan pada bulan November telah terjual sebanyak 4.5 juta unit, jumlah yang lebih kurang dengan penjualan PlayStation 3 pada suku pertama ia dilancarkan.

Bagi jualan permainan video pula, sepanjang tiga bulan tersebut 103.7 juta unit telah terjual dan 18.4 juta adalah permainan oleh PlayStation Studios. Antara permainan yang dikongsi adalah Marvel’s Spider-man Miles Morales di mana ia telah terjual sebanyak 4.1 juta unit setakat Disember 2020.

Bagi mengikut platform pula, 53% adalah secara digital. Sony juga mengumumkan yang kini terdapat 47.4 juta pelanggan PS Plus berbanding 45.9 juta pada suku lepas dan terdapat 114 juta pemain aktif bulanan.

Sohor Kini