Apex Legends Untuk Switch Tiba 9 Mac Ini

EA dan Respawn Entertainment hari ini mengumumkan yang permainan pertempuran royale mereka Apex Legends akan tiba untuk Switch pada 9 Mac ini, sebulan lebih lewat berbanding yang diura-urakan sebelum ini.

Oleh kerana ia tiba sebulan selepas musim ke-8 bermula, pemain yang membeli Battle Pass di Switch akan mendapat 30 tahap pertama secara terus. Bermula 9 sehingga 23 Mac, mereka juga akan menyertakan gandaan XP untuk membantu pemain di Switch yang tiba lewat.

Apex Legends di Switch akan menyokong fungsi rentas-platform dan pemain boleh menggunakan akaun yang sama. Apex Legends juga dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia boleh dimainkan secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini