Merge Games telah mengumumkan permainan seterusnya oleh mereka adalah Definitely Not Fried Chicken iaitu simulasi pengurusan perniagaan restoran ayam goreng akan tetapi restoran tersebut adalah untuk melindungi perniagaan sebenar iaitu penghasilan dan penjualan dadah seperti ganja dan kokain.
Di dalam permainan ini anda akan mengurus kedua-dua perniagaan, dan mengembangkannya untuk melibatkan pelbagai lagi perniagaan lain yang halal ataupun haram. Menurut Merge Games, permainan ini adalah mengambil inspirasi daripada siri Breaking Bad.
Mereka menyasarkan untuk mengeluarkan Definitely Not Fried Chicken pada tahun ini di Steam, anda sudah boleh meletakkan permainan ini di senarai hajat.