EA dan Bioware mengumumkan yang Mass Effect Legendary Edition iaitu koleksi trilogi Mass Effect yang ditambah-baik untuk konsol terkini akan dikeluarkan pada 14 Mei 2021 untuk PlayStation 4, Xbox One dengan sokongan keserasian depan dan juga PC melalui Steam dan Origin.
Versi ini kaan menyertakan Mass Effect, Mass Effect 2 dan Mass Effect 3 dengan kesemua kandungan tambahan seperti penceritaan, senjata dan juga perisai. Ia juga akan menyokong resolusi sehingga 4K dengan HDR. Dengan peningkatan di semua peringkat seperti tekstur, pencahayaan, VFX dan pelbagai lagi. Adegan juga dipertingkatkan kualitinya. Kebanyakan kawasan juga direka dengan lebih mendalam.
Bagi bentuk permainan pula, ia akan menyertakan antaramuka dan UI yang lebih terbaru. Kawalan juga ditambah baik seperti membidik, mengawal skuad, mengurus Mako dan juga kamera. Bagi penciptaan watak, ia juga menyertakan pilihan yang lebih pelbagai. Rekaan Shepard perempuan di Mass Effect 3 juga kini boleh diguna di kesemua permainan.