Skip to main content

Walaupun tiba lebih lewat berbanding tahun lepas, akan tetapi PlayStation akhirnya berkongsi PlayStation Wrap-Up untuk tahun 2020, di mana anda boleh melihat kembali laporan aktiviti permainan anda pada tahun 2020. Bagi pemilik PS5, ia juga memperlihatkan aktiviti anda di konsol generasi baharu tersebut.

Seperti biasa, untuk mendapatkan laporan, anda hanya perlu layari laman PlayStation Wrap-Up dan log masuk akaun PlayStation utama anda. Berikut adalah antara laporan aktiviti yang dikongsi;

  • Jumlah keseluruhan permainan anda main
  • Jumlah jam anda luangkan masa bermain
  • Jumlah hari yang anda luangkan masa bermain
  • Hari dengan aktiviti tertinggi
  • Jumlah trofi dan pecahan mengikut kategori
  • Laporan aktiviti untuk PS5
  • Jumlah permainan PS Plus yang anda muat turun

Sebagai tanda penghargaan, mereka juga menyediakan tema dinamik khas untuk PS4 yang anda boleh dapatkan di bahagian terakhir laporan aktiviti.

Leave a Reply