Ubisoft dan Blue Mammoth mengumumkan perancangan mereka untuk kejohanan esukan bagi permainan Brawlhalla. Bagi tahun ke-6 ini mereka menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM4.05 juta yang akan mempunyai lima kejohanan antarabangsa bermula bulan ini sehingga November 2021.
Kejohanan pertama adalah Winter Championship yang menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM303 ribu. Ia akan dianjurkan secara dalam talian bermula pada 27 Februari sehingga 14 Mac. Jika berminat, pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan ini www.brawlhalla.com/esports.
Berikut adalah senarai penuh untuk kejohanan yang akan dianjurkan;
Selain itu, mereka juga akan menganjurkan Brawlhalla Pro Series iaitu kejohahanan 4-minggu secara dalam talian yang menyertakan format baharu dan unik. Ia akan dianjurkan pada bulan Jun dan maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.