Naquib Azlan Menjadi Juara Untuk Kejohanan Sulung E1 Championship

E1 Championship iaitu kejohanan simulasi lumba kereta yang dianjurkan oleh Axle Motorsports buat julung kalinya, menutup tirai pada 27 Januari lepas selepas perlumbaan untuk pusingan ke-8 berakhir. Kejohanan ini berlangsung sejak November tahun lepas lagi.

Selepas 8 pusingan, Dua pelumba Malaysia mendapat tempat pertama dan kedua iaitu Naquib Azlan, pelumba untuk Stratos Motosports, beliau telah mengutip 358 markah, diikuti oleh Ayman Aqeem pelumba untuk Team RSG mendapat 291 markah. Di tempat ketiga adalah Miko Nassi dari Singapura iaitu pelumba untuk Team Safehouse dengan markah 266. Mereka masing-masing membawa pulang hadiah $5000, $4000 dan $3000.

Jika anda ingin maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, anda boleh layari Facebook rasmi E1 Championship.

Sohor Kini