Riot Games mengumumkan yang mereka akan menganjurkan acara masa terhad untuk League of Legends: Wildrift iaitu Lunar Beast bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina. Acara ini akan bermula pada 4 Februari sehingga 3 Mac 2021. Di dalam acara ini, pemain perlu berusaha untuk menjinakkan Lunar Beast.
Selain itu, akan disertakan juga pelbagai kostum Lunar Beast untuk watak seperti Alistar, Annie, Darius, Fiora, Jarvan IV, dan Miss Fortune. Seperti diumumkan sebelum ini, dua watak baharu juga akan tiba iaitu Xayah dan Rakan.
League of Legends: Wildrift sudah dilancarkan secara beta terbuka untuk iOS dan Android. Ia boleh dimuat turun secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.