Wiroes Studio yang sebelum ini kami laporkan telah hadir dengan siri adiwira tokusatsu tempatan iaitu Might Knight Bayu telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan komik untuk membawa penceritaan sampingan bagi siri tersebut iaitu Mighty Knight Bayu : Serangan Native Prime Klawaq.

Komik tersebut boleh didapati dengan harga RM10 dan anda boleh menghubungi mereka secara terus untuk mendapatnya atau melalui Facebook rasmi atau Instagram rasmi Wiroes Studios.

Menurut Wiroes Studio, pengumuman mereka sebelum ini mengenai siri aksi nyata telah menerima sambutan yang baik dengan episod permulaan telah menerima tontonan lebih 100 ribu kali. Anda boleh tontonnya di bawah.

Namun, dengan keadaan pandemik Covid-19 telah menyukarkan produksi untuk lebih banyak episod bagi siri ini. Oleh kerana itu mereka telah hadir dengan siri komik ini untuk memastikan peminat dapat terus mengikut penceritaan bagi Mighty Knight Bayu.

Sohor Kini