Square Enix telah memulakan sambutan untuk ulang tahun ke-25 Tomb Raider dengan hadir dengan satu laman khusus yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk berkongsi mengenai permainan-permainan Tomb Raider yang dikeluarkan oleh mereka bermula dengan permainan Tomb Raider (1996) sehinggalah Shadow of the Tomb Raider yang dikeluarkan pada tahun 2018. Anda boleh layari melalui pautan ini; https://tombraider25.square-enix-games.com/

Melaluinya mereka kan menyertakan pelbagai maklumat dalam mengenai pelancaran sesuatu permainan, termasuk juga melihat kandungan-kandungan lepas, temubual bersama dengan pembangun, aktiviti komuniti dan juga penstriman langsung. Mereka akan memfokuskan satu permainan untuk setiap bulan.

Buat masa ini Square Enix dan Crystal Dynamics tidak berkongsi mengenai permainan seterusnya bagi siri Tomb Raider akan tetapi mereka ada menyatakan yang akan cuba untuk mencari cara agar kesemua permainan Tomb Raider boleh berada di dalam satu dunia yang sama.

Sohor Kini