Skip to main content

Riot Games bakal menganjurkan Valorant Challengers Malaysia & Singapura buat julung-julung kali iaitu pada 5 Februari ini dan akan berlangsung sehingga 7 Februari 2021. Kejohanan ini akan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM40 ribu.

Pasukan yang akan bermain pada hujung minggu ini sudah melalui pusingan kelayakan untuk mencari 8 pasukan terbaik sejak 30 Januari lepas, dan berikut adalah pasukan yang layak;

  • Kingsmen
  • Looking for Org
  • Louvre
  • Reality Rift
  • Team SMG
  • TMG
  • Todak
  • Xiao

Kelapan-lapan pasukan tersebut akan bertanding dengan pusingan kalah mati iaitu terbaik daripada tiga pusingan untuk pusingan suku dan separuh akhir. Terbaik daripada lima pusingan untuk pusingan akhir. Pasukan yang menang akan melayakkan diri ke kejohanan Challengers seterusnya yang akan berlangsung pada 26 sehingga 28 Februari.

Kejohanan ini akan distrim secara langsung melalui Twitch dan Facebook.

Jika anda berminat untuk menyertai kejohanan ini, pendaftaran untuk pusingan kelayakan seterusnya telah dibuka sehingga 14 Februari 2021. Anda boleh daftar nya melalui pautan ini.

Leave a Reply