iOS 14.5 Akan Menyokong PS5 DualSense Dan Alat Kawalan Xbox Series

Kemaskini terbaru untuk peranti pintar Apple iaitu iOS 14.5 dan juga iPad OS 14.5 sudah tiba secara beta, dan menurut The Verge, ia akan menyertakan sokongan alat kawalan generasi baharu iaitu PlayStation 5 DualSense dan juga alat kawalan untuk Xbox Series.

Sokongan untuk alat kawalan di peranti Apple sudah tiba melalui iOS 13 lagi, sebagai persediaan untuk tawaran Apple Arcade. Namun, sama ada alat kawalan boleh digunakan di dalam sesuatu permainan ia masih lagi bergantung kepada sokongan oleh permainan tersebut.

Kemaskini ini dijangka akan tiba secara umum dalam masa beberapa bulan lagi. Apple juga mungkin akan menyertakan sokongan ini untuk Apple TV.

Sohor Kini