Skip to main content

Santa Monica Studio hari ini telah mengumumkan yang kemaskini akan tiba untuk permainan God of War mereka yang akan mempertingkatkan kualiti permainan tersebut di konsol PlayStation 5. Kemaskini ini dikatakan akan menggabungkan Favors Performance dan Favors Resolution yang disediakan bagi versi PS4 Pro.

Ini dengan kata lain, mereka menyasarkan untuk memberikan resolusi 4K Checkerboard (2160p) dengan kadar kelancaran 60FPS. Mod ini digelar sebagai Enhanced Performance Experience, jika ingin bermain dengan kadar kelancaran 30FPS, Original Performance Experience juga disertakan.

Kemaskini adalah percuma untuk semua pemilik God of War, ia juga ditawarkan sebagai sebahagian daripada PS Plus Collection. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini;Ulasan God Of War – Permainan Terbaik Dan Epik Buat Siri Tersebut.

Leave a Reply